Ikan Keli Kayu
Ikan Keli Kayu, Clarias batrachus, adalah spesies ikan air tawar yang mampu bernafas di darat dan terdapat kebanyakannya di Asia Tenggara.
Dalam bahasa Inggeris ia dikenali sebagai Ikan Kucing Berjalan, dan
dinamakan kerana ia bermisai seperti kucing dan keupayaannya untuk "berjalan"
merentasi tanah kering, bagi mencari makanan atau persekitaran yang
sesuai. Sungguhpun ia tidak sebenarnya berjalan sebagaimana haiwan
berkaki empat atau berkaki dua, ia memiliki keupayaan untuk menggunakan
ridipnya (“pectoral fin”) bagi mengekalkan dirinya tegak dan mengelidik
seperti pergerakan ular.
Ikan Keli Kayu memiliki tubuh yang memanjang dengan kepala bertulang,
lebar, leper dengan mulut yang luas. Ikan Keli kayu memiliki empat
pasang taji yang panjang dan agak keras. They possess four pairs of
long, rather stiff barbels. Ikan Keli Kayu biasanya aktif pada waktu
malam (“nocturnal”), memiliki organ pernafasan tambahan di atas ingsang
(seperti ikan labyrinth) bagi membolehkan ia bernafas di udara. Ia mampu
hidup dalam bentuk ini dan bergerak selagi ia kekal lembabt.
Ikan ini biasanya tinggal dalam air tenang dan sering kali air kolam
bertakung di dalam kolam, paya, anak sungai, dan sungai, sawah padi atau
kolam sementara yang mungkin kering. Apabila ini berlaku, kemahirannya
berjalan menjadi penting untuk bergerak kesumber air yang lain.
Lokasi dan habitat
Ikan Keli Kayu merupakan tempatan di Asia Tenggara termasuk Malaysia,Thailand, timur India,Sri Langka,Burma,Bangladesh,Borneo,Indonesia dan Singapura. Ia kemungkinannya diperkenalkan ke Filipina tetapi kini merupakan kebiasaan disemerata tempat di negara tersebut.
Semasa musimnya di Filipina, ia diedarkan keseluruh negara dan
kebanyakan pengguna membeli ikan keli hidup-hidup. Ikan Keli Kayu ini
adalah ikan tropika dan menggemari suhu air sekitar 10 - 28°C (50 -
82°F.)
Ikan Keli Kayu membiak dalam air bertakung, biasanya rendah oksigen,dan sering didapati dalam kolam berlumpur, terusan, dan habitat
seumpama dengannya. Spesies ini menghabiskan kebanyakan masanya di atas,
atau hampir permukaan dasar kolam dan timbul sekali-sekala bagi
mengambil oksigen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan