Isnin, 6 Januari 2014

   Ikan Keli adalah ikan air tawar yang banyak terdapat di negara-negara ASEAN, khususnya di Malaysia. Di sesetengah tempat khususnya di Selangor, ikan keli disebut sebagai "ikan semilang". Bagi orang Perak, ikan semilang hanya hidup di laut.
Ikan keli boleh didapati di kebanyakan sawah padi, contohnya di Pahang, di Paya Pahang Tua, Mambang , Ganchong dan di kebanyakan kawasan pedalaman Sarawak. Ia juga banyak terdapat di Tasik Chini dan Paya Bungor atau Bera. Keli juga menghuni di kuala anak sungai kecil seperti Sungai Lepar di Paloh Hinai hingga ke Jerantut dan Kuala Lipis , selain di Sungai Bera dan Sungai Serting.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan