Isnin, 6 Januari 2014
Ikan Keli Kayu

Lokasi dan habitat
Ikan Keli Kayu merupakan tempatan di Asia Tenggara termasuk Malaysia,Thailand, timur India,Sri Langka,Burma,Bangladesh,Borneo,Indonesia dan Singapura. Ia kemungkinannya diperkenalkan ke Filipina tetapi kini merupakan kebiasaan disemerata tempat di negara tersebut. Semasa musimnya di Filipina, ia diedarkan keseluruh negara dan kebanyakan pengguna membeli ikan keli hidup-hidup. Ikan Keli Kayu ini adalah ikan tropika dan menggemari suhu air sekitar 10 - 28°C (50 - 82°F.)Ikan Keli Kayu membiak dalam air bertakung, biasanya rendah oksigen,dan sering didapati dalam kolam berlumpur, terusan, dan habitat seumpama dengannya. Spesies ini menghabiskan kebanyakan masanya di atas, atau hampir permukaan dasar kolam dan timbul sekali-sekala bagi mengambil oksigen.
Ikan Keli adalah ikan air tawar yang banyak terdapat di negara-negara ASEAN, khususnya di Malaysia. Di sesetengah tempat khususnya di Selangor, ikan keli disebut sebagai "ikan semilang". Bagi orang Perak, ikan semilang hanya hidup di laut.
Ikan keli boleh didapati di kebanyakan sawah padi, contohnya di Pahang, di Paya Pahang Tua, Mambang , Ganchong dan di kebanyakan kawasan pedalaman Sarawak. Ia juga banyak terdapat di Tasik Chini dan Paya Bungor atau Bera. Keli juga menghuni di kuala anak sungai kecil seperti Sungai Lepar di Paloh Hinai hingga ke Jerantut dan Kuala Lipis , selain di Sungai Bera dan Sungai Serting.

Langgan:
Catatan (Atom)